Monday, October 29, 2012

Epilog seorang aku.


Assalamualaikum.


Bukan berselindung di balik hijab, cuma menutup apa yang wajib.


aku terkadang merasa cemburu
bila orang lebih dariku
walaupun aku tahu
aku tak berhak berbuat begitu
bila mana aku mendapat sesuatu
yang orang lain mungkin tak mampu.


aku mudah merasa suka
bila hatiku dilimpahi warna ceria
dengan semua kisah dan tawa
dibawa oleh keluarga, teman dan mereka
bagi mengubat hati yang lara.


kesedihan itu suatu lumrah
bila aku terusik, benci dan marah
pada sesuatu yang pernah singgah
membuat aku terus tabah
walaupun aku tidak mudah
merasa ia suatu hikmah.


aku tetap dengan diriku
walaupun yang lain merasa jemu
dengan lagak serupa itu
tapi aku tetap aku.
sebelum jasad terbujur kaku
izinkan aku terus mencari sesuatu
dalam hidup yang penuh liku
ciptaan Allah yang hanya satu
bersama mereka yang menjadi takdirku.


Friday, October 26, 2012

Barakah Eidul Adha.


Assalamualaikum.


Salam AidilAdha. ohh yeh!raya datang lagi. raya haji kali ini agak seronot jugaklah. kenapa? 
sebab ke-ber-ka-tan AidilAdha tu kot. tapi, betul-betul-betul, aku suka dgn raya haji tahun ni.
ohh ya. aku nak ambil kesempatan ini untuk ucapkan selamat hari raya haji. raya, raya jugak.
tapi, jangan lupa sebab hari raya haji nie disambut.
ok. sambung je. aku rasa sume org pun dah tahu.
biar gambar je yg bercelita, boleh?
malas nak bebel pnjg2.



 Dekat RnR mane entah.."Untie, kasi mangga 3 kilo,"

Kisah hari raya haji dimulakan dengan perjalanan balik kampung nun jauh dari perak to n.sembilan. walaupun dah bermacam gaya aku duduk dalam bas tu selama lebih 4 jam, akhirnya nampak jugak Terminal One yg aku windu-windukan (propa semata!). ok. kalau dah namanya cuti raya, haruslah takde bas yg kosong & takde jalan yang xde kesan tayar kereta. tapi, oleh kerana aku malas nk kira kereta-kereta kat jalan tu, aku tidor jelah kan...zzzzzZZZZ.





Baju raya edisi hari raya puasa lepas.
Walaupun kemeriahan hari raya haji tak seperti hari raya puasa, aku tetap suka konsep HARI RAYA. kenapa pulak? antaranya ada banyak makanan, pakai baju kurung yg jarang aku nk pakai, jumpa orang2 yg susah nk tengok tiap-tiap hari, pegi merayau sesuka hati (tapi, muka berubah riak bila jalan jem) n banyak laie.





Oghang kampung den.
kalau dah namanya raya, harusalaa melawat kawasan kan? jadi, aku pun meng-eskot dua org cik adik pegi berjalan raya ke rumah kawan adik aku. hmm..tq to tuan rumah becoz i dapat rase rendang daging landak. walaupun xpenah rasa, tapi masih boleh diterima oleh incik tekak aku nie lagi..





Hope you guys have a good times with us.
Adik lelaki aku bawak kawan2 dia raya kali nie. ade 5 orang. hmm, ini kali pertama kot kengkawan die spend time kat rumah ktorang. we try our best to make them comfortable. mereka dapat solat Jumaat kat masjid feverat aku (walaupun terlepas solat raya), makan sambal udang petai dekat rumah kenduri, lepak jeram tengkek sampai ke petang dan sebelum tu, tidor 'berjemaah' di ruang tamu berkain pelekat.





Short notes
itulah berkat AidilAdha. 
mana yang jauh didekatkan dan yang dekat dieratkan. 
kalau niat hanya untuk bersuka ria tanpa sedikit rasa bersyukur, biarlah raya itu x disambut langsung. biarlah ia disambut secara sederhana tapi penuh makna.
lastly, have a nice day.
tq for read my notes.


Thursday, October 4, 2012

Status fb milik mereka.


Assalamualaikum.


haa..nie memang entri tak dirancang. 
dok belek-belek facebook, terasa macam nak share status fb kawan2 di blog ini.
so, kengkawanku yg berkenaan..
mintak halal status korang boley?
tengkiu in advance.

macam biasa...8 notes saja.

Choose yours!


1. Perasaan cinta itu bukannya harus di DELETE tetapi perlu di HIDDEN kan untuk sementara waktu hingga tiba waktunya untuk di APPROVE oleh yang HALAL......:::::(^_^)


2. Ya Allah, sekiranya chenta itu hanya ada 1, maka aku memilih Kau. Jika 2, aku memilih Kau dan Rasulullah. Jika 3, aku memilih Kau, Rasulullah, dan tarbiyah dan dakwah. Dan jika ada yang ke-4, baharulah aku mahu menchentai manusia. Bisakan..


3. Setinggi mana pun ilmumu,bersederhanalah dibumi Allah ini...Hormati dia yang menyampaikan ilmu...
Akhlak + Ilmu = Kemuliaan disisi Allah.. wallahua'lam (",)


4. If you didn't see it with your own eyes or hear it with your own ears, don't invent it with your small mind & share it with your big mouth.


5. Try not to become a man of success but a man of value ~ Einstein.


6. Jodoh itu rahsia Allah. Dimana? Allah dah tentukan. Bila? Allah dah tetapkan. Sweet kan Allah, Dia nak bagi surprise dekat kita. -RAHSIA-


7. bialah oghang kutuk kito sobab pakai baju kotinggalan zaman asalkan kito tak pakai baju akhir zaman...
-tungau cute- 


8. What makes you beautiful? Islam and gorgeous akhlak :)



Status fb saya:
I talk less when i need to listen more.


STYLO NUFFNANG.