Friday, November 23, 2012

Dilema orang bujang.


Assalamualaikum.


Adakah anda single? atau dah berteman?hmm..cerciter, cerciter.
kalau dah berteman (prefer marriage, bukan bercouple), alhamdulillah. moga dapat menempuh alam rumahtangga dgn lebih bahagia bersama si dia yg dicintai.
for yang masih dalam mood couple2 nie, watch your space dengan si dia.
jgn buat yg bukan-bukan!
kalau yang single-mingle camne plak eh? xpe. rilexlah dulu. your time will come.
dari dok pikiaq pasal sapelah gerangannya yg sudi jadi bf or gf, lebih baik enjoy your life setiap masa. tak rugi pun kalau kita spend time dengan kawan2 yang sekepala n do things together.
bila lagi nak buat benda2 tak-tentu-hala ni kan?
dah kawin, tak boleh dahh. masing-masing ade komitmen.
am i right?



gambar lama.


some of my friends berstatuskan in a relationship, marriage, engage & 
in open relationship. 
tak kurang juga yg single, single but not available & ade yang takde status langsung. 
no matter apa pun status mereka, they know better the reason behind it.
xpayah nak dok tanye2 lagi.
tapi, dalam banyak banyak status ni, aku paling suka marriage. 
reason? sebab dah sah di sisi agama. buat apa pun tak salah.
buat apa pun orang tak boleh nak argue.
tapi, kena jaga elok-elok. this is a lifetime commitment.
kalau xready lagi, jgn gatal nk kawen (like me!)huhu



back to the topic. kenapa ada antara belia-belia(takkan orang tua pulak) zaman 2000-an nie memilih untuk single tanpa sebarang komitment. mungkin ade beberapa sebab, antaranya:

* cari duit lagi penting. dah berduit nanti, lagi senang nak cari pasangan.
* alah..susah lah nak cari. sumenye takde ciri-ciri yang diidamkan.
* banyak lagi benda lain nak buat. "i busy u know?"
* dah takde orang nak dekat aku, aku nak buat macam mana lagi?
* ahhh...malas nak layan. jalan-jalan makan angin lagi baek.
* i masih muda. nanti nak kawen, barulah pikir. 
* hello, i ada kawan ok? i takkan sunyi kalau takde bf or gf. 

ini antara typical reasons lah kenapa orang sekarang still single lagi. tapi, memang betol pong. 
bagi yang masih bergelar student tu mesti ada masanya get jealous sebab kawan sebelah ade pakwe, dok mesej tiap 2 minit sekali. kawan serumah dah bertunang.
kawan sekelas dah pregnant dah pown. 
mulalah soalan luar alam keluar. pikir yg bukan2.



haa..mengaku pun!


kalau tanya pendapat aku, aku juz go with the flow. benda-benda ni memang hal yang remeh. 
walaupun kadang2 terpikir jugak, tapi Allah lebih tahu dari kita.
Dia dah tentukan siapa pasangan hidup kita. 
juz wait for the time. kalau sampai exam pun tak pegi sebab terbabas tido sebab malam tadi bergayut dengan pakwe, apa kes?? tak macho lah. dah kena repeat paper. sape susah?



amoi..jangan susah aty sangat. just do your part, and Allah will help you do the rest. 
because He know better.
lastly,

"When she stop searching her PRINCE, 
and make Allah the KING of her heart, 
He then help her to complete her dream become Reality"



tq for reading this.xoxo.

Saturday, November 17, 2012

Antara meriam, air mata dan doa.


Assalamualaikum.


Bumi Palestin dibedil lagi. tak pernah aman walau sedetik.
menjadi lautan darah, debu dan airmata,
 juga menghilangkan senyuman anak-anak kecil.
tidak pernah terlintas di benak bumi itu akan menjadi medan selamat untuk berlindung, 
walaupun Islam tidak sekali dipandang sepi di sana.
tidak. salau seketika.


Semuanya musnah dalam sesaat.

bila bom menjadi barang mainan tentera Zionis,
senapang tidak pernah lepas dari pegangan, 
peluru tidak akan kering dari simpanan, 
api bukan lagi barang mainan,
tentera berkhidmat tanpa paksaan dan simpati,
maka, apa lagi yang tinggal?


Anak kecil disakiti.

Masa depan yang kabur.

Penghormatan terakhir.

si comel turut menjadi korban,
wanita dan orang tua tidak terkecuali,
tenaga lelaki tidak lagi mampu mengatasi bedilan yang mampu menghancurkan jasad,
ratusan nyawa ibarat debu di jalanan,
air mata tidak memberi kesan, 
hanya masa menjadi detik penentu.


Kebanggaan Zionis, kebencian rakyat Palestin.

benar. 
mereka takkan pernah berhenti, 
walau ramai askar yang mati,
biar ramai yang mencerca, 
tentera Zionis tetap mara,
memusnahkan segala apa yang ada, 
tanpa secebis rasa belas.


boikot Israel, selamatkan Palestin.

ayuh semua.
kibarkan semangat perjuangan bersama rakyat Palestin.
walau tidak bersama mereka,
namun ia cukup memberi makna.

panjatkan doa kepada-Nya,
memohon diselamatkan bumi Allah itu,
dari tangan-tangan jahat yang mengotori,
juga dari noda darah yang mengalir dari tubuh yang tidak bersalah.

boikot barangan buatan Israel,
tanda bantahan atas kekejaman mereka,
walau ramai yang memprotes, 
itu cara kita mencari keadilan untuk Palestin.

hulurkan sumbangan seikhlas hati,
walau sedikit memberi erti yang sangat besar,
tidak membuat kita papa,
tapi mampu mengalas perut mereka yang kelaparan.

mari.
berjuang bersama-sama mereka,
doakan keselamatan dan hidup mereka,
kerana,
mereka juga hamba Allah,
berkongsi udara yang sama seperti kita.

Friday, November 16, 2012

Ku cari dia dalam jagaku.



.. Assalamualaikum ..


siapakah dia?
yang berselindung di balik bayang-bayang Adam.




andai si dia yang ku nanti selama ini,
dekatkan hati ku padanya.
bukakan pintu hati ini seluasnya kepada si dia yang menanti.
andai dia jodoh yang tertulis di Loh Mahfuz untuk diri ini,
permudahkan urusan kami.


Tuhan,
agar dia tidak jemu menjadi penunggu yang setia,
hiburkan hatinya dengan janji-Mu ya Tuhan.
penuhi dadanya dengan iman dan taqwa,
lengkapi dirinya dengan keindahan-Mu,
ceriakan hari-harinya dengan warna pelangi ciptaan-Mu,
dorongi dia menuju cinta kekal abadi milik-Mu.


supaya nanti..
dia bisa menjadi imam dalam solatku,
dia kental mengharungi dugaan dan cabaran-Mu bersama-samaku,
dia tidak jemu melindungi dan mencintaiku selamanya,
dan..
aku tidak pernah menyesal memiliki dia,
aku tidak akan mampu menjauhi dia walau sesaat,
aku juga tega mencintai dia sebagaimana dia mencintaiku.


Ya Allah.
ku pohon setulusnya dari-Mu.
tumbuhkan rasa cinta ini untuk dirinya,
pelihara cinta kami dari noda dunia,
bimbing kami menuju syurga yang dipenuhi cinta-Mu.

Tuesday, November 13, 2012

Wordless Wednesday #2 : Doa awal dan akhir tahun.


Assalamualaikum.



Salam Maal Hijrah.
Sempena Awal Muharram yang dah dekat nie, eloklah amalkan membaca doa awal dan akhir tahun.
jangan hanya eksited nak sambut new year aje tiap-tiap tahun, tapi tahun baru Islam lupa.
(nasihat untuk diri sendiri jugak!)
moga Allah melimpahkan rahmat-Nya dan memurahkan rezeki serta mengampunkan dosa-dosa kita.
Amin.



Doa akhir tahun. Baca selepas Asar pada akhir tahun Zulhijjah selama 3 kali.


Doa awal tahun. Dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharram.


STYLO NUFFNANG.