Wednesday, January 16, 2013

Lawak educated.


Assalamualaikum.


Sape yang tengah stress macam sayer? sila angkat tangan dan kepala (kalau kaki buruk sgt ropenyer!). hmm...agak stress jugak larr time-time ujung sem nie. almaklumlah exam kan dah tempah slot die... btw, korang mesti suka menda2 yang lawak kan? ade macam2 lawak kat dunia nie. lawak bodoh, maharaja lawak, lawak 3 antarabangsa, ...(listkan sendiri). tapi, aku lagi prefer lawak yang educated. why? dalam berhibur, ada benda yang cuba disampaikan, ade nasihat yg boleh diguna pakai n ada jugak yg terkena.


okeh. enough with merapu. disebabkan ini first entri untuk 2o13, aku kopi-tampal je lawak-lawak ustaz azhar idrus kat blog aku nie. senang! sila baca n learn something. honestly, aku respek sesangat dgn ustaz ni sebab mampu membuatkan belajar agama itu semakin menyeronokkan. 


klik bawah nie untuk page lawak2 educated dari ustaz azhar.





rite ustaz!!

okeh. jangan stress-stress lagi. (nasib baik aku tinggal lagi satu paper je.hehe)


........


"Perempuan kalah dengan pujian; Lelaki kalah dengan perempuan."

Tabiat perempuan suka dipandang cantek. Jika dipuji cantek cair habis lah orang perempuan. Sebab itu suami sunat memuji isterinya cantek, walaupun isteri tak cantek pun. Kalau dia hitam macam kulit buah manggis pun, sunat puji kata dia putih melepak, walau dalam hati kita kata dia hitam macam kuali hangus!


Orang lelaki pulak pantang tengok perempuan seksi. Tambah pulak sekarang ni ramai anak-anak gadis pakai seluar seksi nampak lurah punggung.



UAI: Mung ada tengok dop perempuan pakai seluar nampak lurah punggung?

Murid2: Ada... ( Kikikikiki... )

UAI: Oooo ada tengok jugop....ingat ke aku sorang je tengok! ( wakakaka ) ( <~~~ Ustaz bergurau je ni deh... )



........


Soalan: Adakah sah solat kalau pakai cermin mata?


Ustaz Azhar Idrus: Tidak sah solat pakai cermin mata!



Murid-murid: Apsal tak sah ustaz?



Ustaz Azhar Idrus: Sebab cermin mata tak boleh menutup aurat. Kita kena pakai kain atau pakaian yang menutup aurat baru sah solat. Jangan pakai cermin mata saja.


Murid-murid: Wakakaka (kena main dek ustaz! Kikiki…)



........


Soalan: 

Boleh kah saya nak kahwin dengan SEPUPU saya?



Ustaz Azhar Idrus:



Jawabnya TAK BOLEH kawen dengan sepupu.... kalau dia TAK MAU kawin dengan kamu! (wakakaka).


Tapi kalau dia pun nak, baru lah boleh kawen.

Jawapannya, sepupu adalah bukan mahram, hukumnya sah kahwin.



........


Isteri sepatutnya jadi macam 'super model' untuk suami. Depan suami kena berjalan gaya 'catwalk', tapi yang ramainya depan suami jalan gaya 'elephant walk'.


........


Isteri yang rambutnya dah beruban boleh inaikan rambutnya khas buat suaminya dan dengan izin suaminya. Sekurang-kurangnya dari belakang nampak macam Jennifer Lopez walaupun dari depan muka macam Kak Limah.


........


Soalan:


Jika kita ternampak pakaian imam terkena tahi cicak semasa solat, apa patut kita buat?



Ustaz Azhar Idrus:



Jika tahi cicak di kopiah, kita boleh pergi kepada tok imam dan buang kopiah dia. Tok imam pula, bila orang dah buang kopiah tu janganlah pergi ambik pakai semula pulak! (Wakaka)


Tapi kalau tahi cicak tu melekat di kain pelikat tok imam, kamu jangan pegi loroh (londehkan) kain dia pulak! Kebetulan tok imam pulak tak pakai underwear kang dah jadi berat tu.. (Wakaka).

Kalau tok imam sudah batal solatnya, makmum pergi berdiri di sebelah dia. Tok imam, bila orang datang berdiri di sebelah, faham2lah, itu menunjukkan solat mung telah batal. Jangan mung pergi tolak atau tinju pulak orang tu! (Wakaka)



........


Isteri yang BAHAGIA itu bukan isteri yang cantek jelita, bukan isteri yang suaminya kaya lagi hensem, tapi ialah isteri yang IKHLAS bila dia berkhidmat untuk suaminya.


Ikhlas ini akan lahir bila suaminya itu orang yang baik lagi soleh.



Sebab tu wanita perlu berhati2 memilih calon suami.



Sedangkan nak beli selipar pun memilih berjam-jam, inikan pula memilih orang yang bergelar suami yang tidur sekatil.



........


Jika isteri tidak berapa cantik atau suka membebel, bersabarlah sebab bila masuk syurga, yang tak cantik akan menjadi jelitawan dan yang suka membebel akan menjadi suka menyanyi-nyanyi dengan suara yang merdu untuk suami. ~ Ustaz Azhar Idrus ~


~~> Isteri akan menjadi ratu cantik dan penyanyi untuk suami, bila di syurga. Takde lagi rupa macam Kak Limah dan mulut yang suka membebel macam naga giler tu (ayat femes ustaz).



........



kalau nak belajar agama tu mudah sangat. sebab Islam itu kan indah. rite?? pada yang nak lawak UAI lagi, sila cari page2 berkenaan di facebook atau goooogle aje deh! nak video, search di YouTube..


salam lawak educated  untuk anda. (o_0)
sampai jumpa lagi dalam entri lain.


tq sudi baca entri perahsan-cohmel nie.

STYLO NUFFNANG.