Saturday, April 26, 2014

girl, how u protect it??

Assalamualaikum.


Memang sukar bergelar wanita atau perempuan. bila mana terlalu banyak kena kita jaga. kena 'tutup'. kena sorokkan. and must keep it secret. i do know that i am not perfect, so do you. but, i want to improve, i want to make myself better.

tapi, bukanlah susah mana pun. just do what you need to do, that's it!! just let other people do what they want, but don't be like them in a wrong way. 

hmm..apa yang aku merapik-rapik dari tadi nie? nak cakap pasal apa sebenarnya? actually, i just want to talk about something. just this one. pasal AURAT. 

like i said just now, i am not perfect. 

tudung aku pendek kadang-kadang. aku tak pakai stokin. seluar aku ada yang sendat. aku tak jaga lengan aku seperti yang sepatutnya. my hair sometimes can be seen by men. aku jugak tak pandai memilih pakaian yang betul-betul menjaga aurat aku. and so many times i repeat and repeat and repeat my mistakes in choosing my outfit.

sometimes, i am soooooooooooooooooo jealous with couple of people. mereka terlalu cantik bila berpakaian mengikut syariat. menjadi muslimah dalam erti kata sebenar. walaupun dulunya mereka jauh tersasar dari landasan Islam, tapi, lihat mereka sekarang. a wayyyy too good from me. i dont want to talk about their past because change is the word to make it better.


a note for me and for you. do follow it.


why aurat is so important to girl? kenapa kita tak boleh nak pakai apa sahaja yang kita suka? kenapa perempuan kena sorokkan aurat mereka daripada pandangan lelaki? why this and why that? aku tak boleh bagi jawapan panjang menjela untuk soalan-soalan itu, tapi cukup bila aku kata, soal aurat adalah satu amanah dari Allah. we are gonna be ask for what we do, for what we wear and for everything avout us.

i dont know about you, but i am totally ashamed with myself and to my creator. teruk giler aku rasa bila orang tengok dan menilai aku melalui apa yang aku pakai. kalau elok, itu maksudnya aku perempuan yang baik. dan kalau pakaian aku macam orang Amerika, perspektif mereka akan berubah. and i totally dont like it. at all!!! 

i also tend not to judge people based on what they wear. sebab apa yang mereka pakai hanyalah secebis kain yang direka dan dibeli untuk dipakai. orang yang kita lihat pakai baju macam rockers, koyak sana sini, rambut serabai, baju corak entah apa-apa boleh jadi orang yang paling balik kita pernah jumpa. orang yang jauh lebih taat pada sang Pencipta daripada diri kita sendiri. orang yang paling sangat menyenangkan bila bersama orang lain. begitu juga sebaliknya. 

aku sendiri pernah beberapa kali salah menilai orang dari luaran. tengok dia semacam je, dah pikir yang bukan-bukan. langsung tak nak tolak ansur dengan orang yang pakainya tak sehebat orang lain. 

so ladies. whoever you are, take care of what you wear. jangan pakai pakaian yang boleh memalukan diri sendiri dan juga menjatuhkan maruah diri. kita semua dah besar, jadinya pandai-pandailah yer jaga aurat tu. nanti diri sendiri jugak yang kena menjawab.

lastly, jom layan gambar-gambar pilihan aku daripada incik google.











lastly,




thats it. thank you for your time.
"jangan impikan yang terbaik kalau tidak boleh menjadi yang terbaik"

Thursday, March 27, 2014

Kapal terbang itu.


Assalamualaikum.



MH370. bukan satu label yang hanya difahami oleh segelintir orang atau kombinasi abjad dan nombor yang mewakili kapal terbang. bila mana kini ia menjadi satu fenomena yang amat sukar dimengertikan dan terlalu sukar untuk diterima dek akal. #PrayForMH370 telah menjadi platform untuk pelbagai lapisan manusia tanpa mengira latar belakang untuk meluahkan simpati, memberi doa dan harapan, menjadi medan perbalahan dan penceritaan juga tempat untuk menulis seribu cerita suka dan duka.


Ya. kapal terbang itu puncanya.


Bila mana musibah ini berlaku, banyak mata melihat. banyak juga mulut berbicara. banyak jari-jemari menjadi 'keyboard warrior'. banyak pihak menuntut penjelasan. banyak hati terluka. banyak simpati terluah. banyak air mata yang gugur. banyak andaian dan spekulasi yang timbul. banyak tangan menuding ke arah yang tidak pasti. banyak juga tangan-tangan yang bersusah-payah ikhlas menghulurkan bantuan. ya. terlalu banyak perkara yang terjadi.


MH370 hilang tanpa memberi jawapan yang pasti. tiada siapa yang dapat memberi jawapan tepat melainkan Dia yang Maha Mengetahui. tulislah, katakanlah, andaikanlah apa sahaja yang tercapai dek akalmu. namun, mampukah kau menafikan takdir-Nya? mampukah kau menyalahkan Dia yang sangat cantik aturan kejadiannya? boleh jadi baik padamu, tapi buruk pula akibatnya di kemudian hari nanti. boleh jadi juga apa yang kau inginkan bukan apa yang kau perlukan.


Ingat! Apa yang baik tidak semestinya baik. Apa yang tidak baik tidak semestinya tidak baik. Jangan hanya pandai melontarkan kata-kata tapi terlalu bodoh untuk menilai dan memahami. 


...

HEY PEOPLE OUT THERE!!! 
Don't you get tired? Don't you have any better things to do? 

...









Cukup! kami dah penat dengan tohmahan buruk yang anda katakan. kami dah jemu dengan tuduhan tidak berasas yang disebarkan. kami sudah tidak mampu lagi untuk mendengar 'berita' buruk untuk entah kali ke berapa. kami hanya inginkan jawapan yang pasti. 


Di kala ini hanya air mata menjadi peneman setia. bila mana kerinduan tak terbendung lagi, bila kata-kata semangat hanya umpama siulan burung, air mata bukan lagi untuk disimpan. MH370. pergimu membawa orang-orang yang kami sayangi. si ibu ditinggalkan anak yang merantau mencari rezeki. si ayah kehilangan zuriat yang menjadi tonggak kekuatan. si isteri tetap tabah mengharap kepulangan suaminya biarpun akhirnya nanti Jannah menjadi tempat pertemuan semula. si anak tidak jemu-jemu menunggu kembalinya si ibu atau si ayah. dan ramai lagi insan-insan asing yang setia menanti biarpun entah bila waktunya misteri ini akan terjawab. 


Ya Allah. 
Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang terang dan tersembunyi. 
Jika segala yang terjadi ini punya hikmah yang terbaik, Kau tunjukkanlah. 
Jika ada hati-hati yang tidak redha dengan takdir-Mu, tenangkanlah mereka dengan janji-janji-Mu. 
Jika ada pihak-pihak yang menjadi mangsa tangan-tangan kotor hingga ramai yang hilang ahli keluarga, berilah keadilan kepada keluarga mereka. 
Hanya Kau yang lebih tahu tentang segala-galanya. 
Bantulah kami, berilah petunjuk kepada kami, tenangkanlah jiwa kami. Amin Ya Allah.


Wahai hati-hati yang bersedih. aku mungkin tidak dapat bersamamu. kita juga tidak saling-mengenali. namun aku tetap bersedih seperti kamu dan turut merasa kehilangan. aku mungkin tidak setabah kamu, tapi aku tetap ingin mereka yang kamu rindui itu pulang kepangkuanmu. janganlah berhenti berharap selagi kepastian tidak muncul. ingat! kamu tidak diberi ujian sesuai dengan ketidakmampuanmu untuk menanggungnya. 








Akhir kalam.
Don't lose hope. keep praying. Bye.

STYLO NUFFNANG.