Assalamualaikum.
MH370. bukan satu label yang hanya difahami oleh segelintir orang atau kombinasi abjad dan nombor yang mewakili kapal terbang. bila mana kini ia menjadi satu fenomena yang amat sukar dimengertikan dan terlalu sukar untuk diterima dek akal. #PrayForMH370 telah menjadi platform untuk pelbagai lapisan manusia tanpa mengira latar belakang untuk meluahkan simpati, memberi doa dan harapan, menjadi medan perbalahan dan penceritaan juga tempat untuk menulis seribu cerita suka dan duka.
Ya. kapal terbang itu puncanya.
Bila mana musibah ini berlaku, banyak mata melihat. banyak juga mulut berbicara. banyak jari-jemari menjadi 'keyboard warrior'. banyak pihak menuntut penjelasan. banyak hati terluka. banyak simpati terluah. banyak air mata yang gugur. banyak andaian dan spekulasi yang timbul. banyak tangan menuding ke arah yang tidak pasti. banyak juga tangan-tangan yang bersusah-payah ikhlas menghulurkan bantuan. ya. terlalu banyak perkara yang terjadi.
MH370 hilang tanpa memberi jawapan yang pasti. tiada siapa yang dapat memberi jawapan tepat melainkan Dia yang Maha Mengetahui. tulislah, katakanlah, andaikanlah apa sahaja yang tercapai dek akalmu. namun, mampukah kau menafikan takdir-Nya? mampukah kau menyalahkan Dia yang sangat cantik aturan kejadiannya? boleh jadi baik padamu, tapi buruk pula akibatnya di kemudian hari nanti. boleh jadi juga apa yang kau inginkan bukan apa yang kau perlukan.
Ingat! Apa yang baik tidak semestinya baik. Apa yang tidak baik tidak semestinya tidak baik. Jangan hanya pandai melontarkan kata-kata tapi terlalu bodoh untuk menilai dan memahami.
...
HEY PEOPLE OUT THERE!!!
Don't you get tired? Don't you have any better things to do?
...
Cukup! kami dah penat dengan tohmahan buruk yang anda katakan. kami dah jemu dengan tuduhan tidak berasas yang disebarkan. kami sudah tidak mampu lagi untuk mendengar 'berita' buruk untuk entah kali ke berapa. kami hanya inginkan jawapan yang pasti.
Di kala ini hanya air mata menjadi peneman setia. bila mana kerinduan tak terbendung lagi, bila kata-kata semangat hanya umpama siulan burung, air mata bukan lagi untuk disimpan. MH370. pergimu membawa orang-orang yang kami sayangi. si ibu ditinggalkan anak yang merantau mencari rezeki. si ayah kehilangan zuriat yang menjadi tonggak kekuatan. si isteri tetap tabah mengharap kepulangan suaminya biarpun akhirnya nanti Jannah menjadi tempat pertemuan semula. si anak tidak jemu-jemu menunggu kembalinya si ibu atau si ayah. dan ramai lagi insan-insan asing yang setia menanti biarpun entah bila waktunya misteri ini akan terjawab.
Ya Allah.
Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang terang dan tersembunyi.
Jika segala yang terjadi ini punya hikmah yang terbaik, Kau tunjukkanlah.
Jika ada hati-hati yang tidak redha dengan takdir-Mu, tenangkanlah mereka dengan janji-janji-Mu.
Jika ada pihak-pihak yang menjadi mangsa tangan-tangan kotor hingga ramai yang hilang ahli keluarga, berilah keadilan kepada keluarga mereka.
Hanya Kau yang lebih tahu tentang segala-galanya.
Bantulah kami, berilah petunjuk kepada kami, tenangkanlah jiwa kami. Amin Ya Allah.
Wahai hati-hati yang bersedih. aku mungkin tidak dapat bersamamu. kita juga tidak saling-mengenali. namun aku tetap bersedih seperti kamu dan turut merasa kehilangan. aku mungkin tidak setabah kamu, tapi aku tetap ingin mereka yang kamu rindui itu pulang kepangkuanmu. janganlah berhenti berharap selagi kepastian tidak muncul. ingat! kamu tidak diberi ujian sesuai dengan ketidakmampuanmu untuk menanggungnya.
Akhir kalam.
Don't lose hope. keep praying. Bye.
No comments:
Post a Comment