Saturday, November 17, 2012

Antara meriam, air mata dan doa.


Assalamualaikum.


Bumi Palestin dibedil lagi. tak pernah aman walau sedetik.
menjadi lautan darah, debu dan airmata,
 juga menghilangkan senyuman anak-anak kecil.
tidak pernah terlintas di benak bumi itu akan menjadi medan selamat untuk berlindung, 
walaupun Islam tidak sekali dipandang sepi di sana.
tidak. salau seketika.


Semuanya musnah dalam sesaat.

bila bom menjadi barang mainan tentera Zionis,
senapang tidak pernah lepas dari pegangan, 
peluru tidak akan kering dari simpanan, 
api bukan lagi barang mainan,
tentera berkhidmat tanpa paksaan dan simpati,
maka, apa lagi yang tinggal?


Anak kecil disakiti.

Masa depan yang kabur.

Penghormatan terakhir.

si comel turut menjadi korban,
wanita dan orang tua tidak terkecuali,
tenaga lelaki tidak lagi mampu mengatasi bedilan yang mampu menghancurkan jasad,
ratusan nyawa ibarat debu di jalanan,
air mata tidak memberi kesan, 
hanya masa menjadi detik penentu.


Kebanggaan Zionis, kebencian rakyat Palestin.

benar. 
mereka takkan pernah berhenti, 
walau ramai askar yang mati,
biar ramai yang mencerca, 
tentera Zionis tetap mara,
memusnahkan segala apa yang ada, 
tanpa secebis rasa belas.


boikot Israel, selamatkan Palestin.

ayuh semua.
kibarkan semangat perjuangan bersama rakyat Palestin.
walau tidak bersama mereka,
namun ia cukup memberi makna.

panjatkan doa kepada-Nya,
memohon diselamatkan bumi Allah itu,
dari tangan-tangan jahat yang mengotori,
juga dari noda darah yang mengalir dari tubuh yang tidak bersalah.

boikot barangan buatan Israel,
tanda bantahan atas kekejaman mereka,
walau ramai yang memprotes, 
itu cara kita mencari keadilan untuk Palestin.

hulurkan sumbangan seikhlas hati,
walau sedikit memberi erti yang sangat besar,
tidak membuat kita papa,
tapi mampu mengalas perut mereka yang kelaparan.

mari.
berjuang bersama-sama mereka,
doakan keselamatan dan hidup mereka,
kerana,
mereka juga hamba Allah,
berkongsi udara yang sama seperti kita.

No comments:

STYLO NUFFNANG.