Monday, December 24, 2012

Engangement day.


Assalamualaikum.


21.12.2012.
hari orang bermajelis-majelis sedunia.
actually, on this date, i got 2 majlis yg ade kena-mengena with me.
satu, di rumah sendiri. satu lagi di rumah kawan sendiri.
however, plan kenalah chantek. barulah tak miserable sana-sini.
okeh. back to the above topic.
sape sebenaqnya yang bertunang? 
well....it's my sista. it's her e-day.
not mine. (coming soon perhaps!) hehe
hmm....cik adek saya ni bertunang dengan orang Penang. which part? do ask her.
btw, congrats congrats..i'm happy for you.
owait. do enjoyy the photos.
xoxo.



during the process.


cik Eda n her-future-mother-in-law masa sesi sarung cincin.


my lovely-pasir-besar big family. tq for comink..


la familia...hmm..ade org terlebih happi lar pulok! love this pic.


random pic.



tq for reading this.xoxo.

Thursday, December 6, 2012

Bisinglah awak nie!


Assalamualaikum.


ada suatu makhluk.
muka comel, mulut bising.
kalau buat bising, dialah raja.
tak payah pakai speaker ataupun microphone, suara dialah yang paling kuat.
bila dah kenyang, cari pot baek punye.
untuk ape? melayan mata yang semakin kuyu dek penangan hidangan tengah hari.
bila dah lelap, i pulak yang rasa bosan kemain!
rasa nak kacau2 dia je takmo bagi tidor.
tapi, bila dah lapar mulalah mulut tu 'berkicau' balik.
mencari tuan serata alam.
demi perut yang sedang lapar.
okeh. okeh. jangan bising boleh tak?


hey? what are you bising-bising about?
i tak bisinglah. i cuma lapar okeh..
said BOBO.


who's bobo?
sila scroll di bawah.
and you'll meet him.




"nak ape lagi nie?" (gaya ala-ala orang mengantuk kena kacau.)




pandai Bobo posing.



kemain empuk tilam awak ye!



tq for reading this.xoxo.

For my girlfriends.


Assalamualaikum.


it is about MUSLIMAH.
i'm one of them.
and..did i mention, i'm proud of it?










Wednesday, December 5, 2012

Saturday, December 1, 2012

Taffakur.


Assalamualaikum.


Lagu: Taffakur by Opick.
lagu terbaru yang aku suka play banyak kali.
first time jatuh chenta dgn lagu ni masa tengok movie Di Bawah Lindungan Kaabah.
serius. it touch my heart. tsk..tsk..
and you should watch it too.
okeh.



Sejauh-jauh mata memandang
Sedalam-dalam hati merasakan
Hanya setitik debu yang tertuang
Dalam syair pujian

Lepas hati memandang lautmu
Terheran diri pada langitmu
Berjuta kata tak cukup untuk
Melukis indahmu

Reff:
Melihat bintang alangkah jauhnya
Melihat biru alangkah dekatmu
Melihat hutan melihat gunung
Siapa menjagamu
Mendengar tangis dalam deritamu
Rasakan luka dihari-harimu
Pada siapa air mata ini ‘kan mengadu

Hoo..hoo..ha..ha..oh..ohh..ha..ha..
Haa..ha..ha..haa…ha..ha..

Bumi akan sepi
Bangga sementara
A… adakah tempat kembali
A… adakah selain Allah

Back to Reff:

Hoo..hoo..ha..ha..oh..ohh..ha..ha..
Haa..ha..ha..haa…ha..ha..


Friday, November 23, 2012

Dilema orang bujang.


Assalamualaikum.


Adakah anda single? atau dah berteman?hmm..cerciter, cerciter.
kalau dah berteman (prefer marriage, bukan bercouple), alhamdulillah. moga dapat menempuh alam rumahtangga dgn lebih bahagia bersama si dia yg dicintai.
for yang masih dalam mood couple2 nie, watch your space dengan si dia.
jgn buat yg bukan-bukan!
kalau yang single-mingle camne plak eh? xpe. rilexlah dulu. your time will come.
dari dok pikiaq pasal sapelah gerangannya yg sudi jadi bf or gf, lebih baik enjoy your life setiap masa. tak rugi pun kalau kita spend time dengan kawan2 yang sekepala n do things together.
bila lagi nak buat benda2 tak-tentu-hala ni kan?
dah kawin, tak boleh dahh. masing-masing ade komitmen.
am i right?



gambar lama.


some of my friends berstatuskan in a relationship, marriage, engage & 
in open relationship. 
tak kurang juga yg single, single but not available & ade yang takde status langsung. 
no matter apa pun status mereka, they know better the reason behind it.
xpayah nak dok tanye2 lagi.
tapi, dalam banyak banyak status ni, aku paling suka marriage. 
reason? sebab dah sah di sisi agama. buat apa pun tak salah.
buat apa pun orang tak boleh nak argue.
tapi, kena jaga elok-elok. this is a lifetime commitment.
kalau xready lagi, jgn gatal nk kawen (like me!)huhu



back to the topic. kenapa ada antara belia-belia(takkan orang tua pulak) zaman 2000-an nie memilih untuk single tanpa sebarang komitment. mungkin ade beberapa sebab, antaranya:

* cari duit lagi penting. dah berduit nanti, lagi senang nak cari pasangan.
* alah..susah lah nak cari. sumenye takde ciri-ciri yang diidamkan.
* banyak lagi benda lain nak buat. "i busy u know?"
* dah takde orang nak dekat aku, aku nak buat macam mana lagi?
* ahhh...malas nak layan. jalan-jalan makan angin lagi baek.
* i masih muda. nanti nak kawen, barulah pikir. 
* hello, i ada kawan ok? i takkan sunyi kalau takde bf or gf. 

ini antara typical reasons lah kenapa orang sekarang still single lagi. tapi, memang betol pong. 
bagi yang masih bergelar student tu mesti ada masanya get jealous sebab kawan sebelah ade pakwe, dok mesej tiap 2 minit sekali. kawan serumah dah bertunang.
kawan sekelas dah pregnant dah pown. 
mulalah soalan luar alam keluar. pikir yg bukan2.



haa..mengaku pun!


kalau tanya pendapat aku, aku juz go with the flow. benda-benda ni memang hal yang remeh. 
walaupun kadang2 terpikir jugak, tapi Allah lebih tahu dari kita.
Dia dah tentukan siapa pasangan hidup kita. 
juz wait for the time. kalau sampai exam pun tak pegi sebab terbabas tido sebab malam tadi bergayut dengan pakwe, apa kes?? tak macho lah. dah kena repeat paper. sape susah?



amoi..jangan susah aty sangat. just do your part, and Allah will help you do the rest. 
because He know better.
lastly,

"When she stop searching her PRINCE, 
and make Allah the KING of her heart, 
He then help her to complete her dream become Reality"



tq for reading this.xoxo.

Saturday, November 17, 2012

Antara meriam, air mata dan doa.


Assalamualaikum.


Bumi Palestin dibedil lagi. tak pernah aman walau sedetik.
menjadi lautan darah, debu dan airmata,
 juga menghilangkan senyuman anak-anak kecil.
tidak pernah terlintas di benak bumi itu akan menjadi medan selamat untuk berlindung, 
walaupun Islam tidak sekali dipandang sepi di sana.
tidak. salau seketika.


Semuanya musnah dalam sesaat.

bila bom menjadi barang mainan tentera Zionis,
senapang tidak pernah lepas dari pegangan, 
peluru tidak akan kering dari simpanan, 
api bukan lagi barang mainan,
tentera berkhidmat tanpa paksaan dan simpati,
maka, apa lagi yang tinggal?


Anak kecil disakiti.

Masa depan yang kabur.

Penghormatan terakhir.

si comel turut menjadi korban,
wanita dan orang tua tidak terkecuali,
tenaga lelaki tidak lagi mampu mengatasi bedilan yang mampu menghancurkan jasad,
ratusan nyawa ibarat debu di jalanan,
air mata tidak memberi kesan, 
hanya masa menjadi detik penentu.


Kebanggaan Zionis, kebencian rakyat Palestin.

benar. 
mereka takkan pernah berhenti, 
walau ramai askar yang mati,
biar ramai yang mencerca, 
tentera Zionis tetap mara,
memusnahkan segala apa yang ada, 
tanpa secebis rasa belas.


boikot Israel, selamatkan Palestin.

ayuh semua.
kibarkan semangat perjuangan bersama rakyat Palestin.
walau tidak bersama mereka,
namun ia cukup memberi makna.

panjatkan doa kepada-Nya,
memohon diselamatkan bumi Allah itu,
dari tangan-tangan jahat yang mengotori,
juga dari noda darah yang mengalir dari tubuh yang tidak bersalah.

boikot barangan buatan Israel,
tanda bantahan atas kekejaman mereka,
walau ramai yang memprotes, 
itu cara kita mencari keadilan untuk Palestin.

hulurkan sumbangan seikhlas hati,
walau sedikit memberi erti yang sangat besar,
tidak membuat kita papa,
tapi mampu mengalas perut mereka yang kelaparan.

mari.
berjuang bersama-sama mereka,
doakan keselamatan dan hidup mereka,
kerana,
mereka juga hamba Allah,
berkongsi udara yang sama seperti kita.

Friday, November 16, 2012

Ku cari dia dalam jagaku.



.. Assalamualaikum ..


siapakah dia?
yang berselindung di balik bayang-bayang Adam.




andai si dia yang ku nanti selama ini,
dekatkan hati ku padanya.
bukakan pintu hati ini seluasnya kepada si dia yang menanti.
andai dia jodoh yang tertulis di Loh Mahfuz untuk diri ini,
permudahkan urusan kami.


Tuhan,
agar dia tidak jemu menjadi penunggu yang setia,
hiburkan hatinya dengan janji-Mu ya Tuhan.
penuhi dadanya dengan iman dan taqwa,
lengkapi dirinya dengan keindahan-Mu,
ceriakan hari-harinya dengan warna pelangi ciptaan-Mu,
dorongi dia menuju cinta kekal abadi milik-Mu.


supaya nanti..
dia bisa menjadi imam dalam solatku,
dia kental mengharungi dugaan dan cabaran-Mu bersama-samaku,
dia tidak jemu melindungi dan mencintaiku selamanya,
dan..
aku tidak pernah menyesal memiliki dia,
aku tidak akan mampu menjauhi dia walau sesaat,
aku juga tega mencintai dia sebagaimana dia mencintaiku.


Ya Allah.
ku pohon setulusnya dari-Mu.
tumbuhkan rasa cinta ini untuk dirinya,
pelihara cinta kami dari noda dunia,
bimbing kami menuju syurga yang dipenuhi cinta-Mu.

Tuesday, November 13, 2012

Wordless Wednesday #2 : Doa awal dan akhir tahun.


Assalamualaikum.



Salam Maal Hijrah.
Sempena Awal Muharram yang dah dekat nie, eloklah amalkan membaca doa awal dan akhir tahun.
jangan hanya eksited nak sambut new year aje tiap-tiap tahun, tapi tahun baru Islam lupa.
(nasihat untuk diri sendiri jugak!)
moga Allah melimpahkan rahmat-Nya dan memurahkan rezeki serta mengampunkan dosa-dosa kita.
Amin.



Doa akhir tahun. Baca selepas Asar pada akhir tahun Zulhijjah selama 3 kali.


Doa awal tahun. Dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharram.


Monday, October 29, 2012

Epilog seorang aku.


Assalamualaikum.


Bukan berselindung di balik hijab, cuma menutup apa yang wajib.


aku terkadang merasa cemburu
bila orang lebih dariku
walaupun aku tahu
aku tak berhak berbuat begitu
bila mana aku mendapat sesuatu
yang orang lain mungkin tak mampu.


aku mudah merasa suka
bila hatiku dilimpahi warna ceria
dengan semua kisah dan tawa
dibawa oleh keluarga, teman dan mereka
bagi mengubat hati yang lara.


kesedihan itu suatu lumrah
bila aku terusik, benci dan marah
pada sesuatu yang pernah singgah
membuat aku terus tabah
walaupun aku tidak mudah
merasa ia suatu hikmah.


aku tetap dengan diriku
walaupun yang lain merasa jemu
dengan lagak serupa itu
tapi aku tetap aku.
sebelum jasad terbujur kaku
izinkan aku terus mencari sesuatu
dalam hidup yang penuh liku
ciptaan Allah yang hanya satu
bersama mereka yang menjadi takdirku.


Friday, October 26, 2012

Barakah Eidul Adha.


Assalamualaikum.


Salam AidilAdha. ohh yeh!raya datang lagi. raya haji kali ini agak seronot jugaklah. kenapa? 
sebab ke-ber-ka-tan AidilAdha tu kot. tapi, betul-betul-betul, aku suka dgn raya haji tahun ni.
ohh ya. aku nak ambil kesempatan ini untuk ucapkan selamat hari raya haji. raya, raya jugak.
tapi, jangan lupa sebab hari raya haji nie disambut.
ok. sambung je. aku rasa sume org pun dah tahu.
biar gambar je yg bercelita, boleh?
malas nak bebel pnjg2.



 Dekat RnR mane entah.."Untie, kasi mangga 3 kilo,"

Kisah hari raya haji dimulakan dengan perjalanan balik kampung nun jauh dari perak to n.sembilan. walaupun dah bermacam gaya aku duduk dalam bas tu selama lebih 4 jam, akhirnya nampak jugak Terminal One yg aku windu-windukan (propa semata!). ok. kalau dah namanya cuti raya, haruslah takde bas yg kosong & takde jalan yang xde kesan tayar kereta. tapi, oleh kerana aku malas nk kira kereta-kereta kat jalan tu, aku tidor jelah kan...zzzzzZZZZ.





Baju raya edisi hari raya puasa lepas.
Walaupun kemeriahan hari raya haji tak seperti hari raya puasa, aku tetap suka konsep HARI RAYA. kenapa pulak? antaranya ada banyak makanan, pakai baju kurung yg jarang aku nk pakai, jumpa orang2 yg susah nk tengok tiap-tiap hari, pegi merayau sesuka hati (tapi, muka berubah riak bila jalan jem) n banyak laie.





Oghang kampung den.
kalau dah namanya raya, harusalaa melawat kawasan kan? jadi, aku pun meng-eskot dua org cik adik pegi berjalan raya ke rumah kawan adik aku. hmm..tq to tuan rumah becoz i dapat rase rendang daging landak. walaupun xpenah rasa, tapi masih boleh diterima oleh incik tekak aku nie lagi..





Hope you guys have a good times with us.
Adik lelaki aku bawak kawan2 dia raya kali nie. ade 5 orang. hmm, ini kali pertama kot kengkawan die spend time kat rumah ktorang. we try our best to make them comfortable. mereka dapat solat Jumaat kat masjid feverat aku (walaupun terlepas solat raya), makan sambal udang petai dekat rumah kenduri, lepak jeram tengkek sampai ke petang dan sebelum tu, tidor 'berjemaah' di ruang tamu berkain pelekat.





Short notes
itulah berkat AidilAdha. 
mana yang jauh didekatkan dan yang dekat dieratkan. 
kalau niat hanya untuk bersuka ria tanpa sedikit rasa bersyukur, biarlah raya itu x disambut langsung. biarlah ia disambut secara sederhana tapi penuh makna.
lastly, have a nice day.
tq for read my notes.


Thursday, October 4, 2012

Status fb milik mereka.


Assalamualaikum.


haa..nie memang entri tak dirancang. 
dok belek-belek facebook, terasa macam nak share status fb kawan2 di blog ini.
so, kengkawanku yg berkenaan..
mintak halal status korang boley?
tengkiu in advance.

macam biasa...8 notes saja.

Choose yours!


1. Perasaan cinta itu bukannya harus di DELETE tetapi perlu di HIDDEN kan untuk sementara waktu hingga tiba waktunya untuk di APPROVE oleh yang HALAL......:::::(^_^)


2. Ya Allah, sekiranya chenta itu hanya ada 1, maka aku memilih Kau. Jika 2, aku memilih Kau dan Rasulullah. Jika 3, aku memilih Kau, Rasulullah, dan tarbiyah dan dakwah. Dan jika ada yang ke-4, baharulah aku mahu menchentai manusia. Bisakan..


3. Setinggi mana pun ilmumu,bersederhanalah dibumi Allah ini...Hormati dia yang menyampaikan ilmu...
Akhlak + Ilmu = Kemuliaan disisi Allah.. wallahua'lam (",)


4. If you didn't see it with your own eyes or hear it with your own ears, don't invent it with your small mind & share it with your big mouth.


5. Try not to become a man of success but a man of value ~ Einstein.


6. Jodoh itu rahsia Allah. Dimana? Allah dah tentukan. Bila? Allah dah tetapkan. Sweet kan Allah, Dia nak bagi surprise dekat kita. -RAHSIA-


7. bialah oghang kutuk kito sobab pakai baju kotinggalan zaman asalkan kito tak pakai baju akhir zaman...
-tungau cute- 


8. What makes you beautiful? Islam and gorgeous akhlak :)



Status fb saya:
I talk less when i need to listen more.


Friday, September 7, 2012

Mencari rahsia yang tertulis.


Assalamualaikum.


Yang halal itu indah.


Dalam dunia ini, banyak perkara yang kita tak jangka. termasuklah soal jodoh.
kadang-kadang, orang yang kita tak suka dan benci sangat-sangat end up jadi pasangan hidup kita dan orang yang kita sayang ituah bukan jodoh kita. dah banyak kisah cinta yang klise macam ini. yang akan lebih merana hanyalah orang yang betul-betul meletakkan harapan dalam sesuatu hubungan itu.

sadis, bukan?

dan ayat klise yang biasa kita dengar, 'jodoh itu rahsia Allah'. betul. tapi sebagai hamba-Nya, dengan duduk diam menunggu orang itu datang, memang bukan tindakan yang bijak. ini bukan untuk lelaki saje, tapi perempuan jugak. perempuan memang dikurniakan dengan perasaan malu, tapi tak salah kalau kaum Hawa jugak buat first move kan?

tapi, sebaik-baik langkah dimulai dengan mengharap pada Dia yang Maha Mengetahui. sesungguhnya Dia yang lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. salah satu cara ialah dengan berdoa. malah, Allah suka kalau ada hamba-Nya meminta pada Dia. antara doanya :


 


ingat. bila kita inginkan sesuatu, mintalah perkara yang baik-baik. jauhkan dari berfikiran negatif. tak guna kita fikir yang bukan-bukan. its not worth it. lastly, remember:


Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, begitu juga sebaliknya.


100notes : be someone who worth it to be love by somebody.

Wednesday, August 22, 2012

Sengal berparut.


Assalamualaikum.


Panjangnya lidah!


Muka mangsa exsident.
.

 budak berdua nie adek aku.
sorang dah boring sangat, sorang lagi nak jugak beraya walaupun muka dah ropa apa entah.
but, it's ok. nama pun hari raya. so, jalan-jalan is a must!
ok.
tak payah panjang-panjang bebelannya. tak siapa nak baca pon.
last word, SELAMAT HARI RAYA (lagi!)


100notes : when loves are around, no need to worry about anything else.

Monday, August 13, 2012

Dear someone.


Assalamualaikum.


hye.
i'm writing notes to you.
why? because i can't say it loudly to you.
even though you might not read this, but i want you to get my message.
clearly & proudly.


one day, you enter my life.
day after days, you keep hunting me.
never let me go from your life.
you mention your meant, and i understand it.
even though i didn't say YES to your question, you still be there for me.
and i can put a smile on my face because of that.
(o.0)


you said you'll wait for me.
to give the one and only answer. but, i keep silent.
i'm not going to ask you to stop doing that, but i don't want you to be tired.
tiredness for waiting too long.
but, if you insist, please be patient with me. 
because you'll get your happiness with me.
together. in the future.
and i just want you to know that, i also pray for us.
amin.



i'll wait for the moment patiently.


100notes : i hopes your times is not wasting by waiting for me.

Sunday, August 5, 2012

Birthday notes.


Assalamualaikum.


hey...it's my 26th birthday.
tq pada semua friends yg wish birthday to me either through fon or fb.
tq korang. terharu sgt sbb msh ade yg ingat pada diriku yg chumel ini (haha..gelak jahat..)
tak kisah lah walaupun korang just say 'HB' atau bg ucapan panjang berjela, it really mean something to me.
really. really.
tiada hadiah yang lebih bermakna selain dari sebuah persahabatan. so true. 
hmm..i might not good in creating words, but i just want to say....


v

v

v

v

v

v

v


i mean it!

100notes : a true friend will a have a time for his friend even for 2 seconds.

Turning 26.


Assalamualaikum.


esok, umur aku genap 26.
huhu...dah tua pulak rasanya.
tapi, pada yang tak kenal, confirm tak percaya (muka awet muda!)
tapi, aku tak kisah pun kalau orang kata aku tua, sebab itu memang betul pon.
manusia nie makin tua, bukan makin muda remaja.
well,
i just wanna list out my hope for this coming age.


1. no more solat yang termiss, terlupa, tersengaja, etc.
honestly, aku mengaku aku memang teruk kalau bab solat. aku tahu itu tak betul tapi sometimes, aku...entahlah. tapi seiring dengan pertambahan umur nie, aku harap aku takkan abaikan solat aku. pray for me ok?

2. be more nice to everyone.
aku memang kasar orangnya. sebab? mungkin sombong atau mungkin nak cover something. after this, i'll try to be nice to semua orang, especially those yang sangat baik terhadap aku. 

3. good financial planner.
back then until now, i can say that i'm very boros okeh? lebih-lebih lagi kalau ada terlebih duit di tangan dan poket. jadi aku harap lepas nie aku akan lebih berjimat-cermat dalam membuat 'pelaburan' ke atas duit-duit aku (macam banyak sangat je bunyiknya.)

4. be a better person.
actually, aku dah tak tahu nak list apa lagi, tapi aku harapkan semuanya akan jadi lebih baik dan tentunya aku ingin jadi orang yang lebih baik dari semalam. walaupun aku tahu, perubahan itu tidak akan berlaku dalam masa sehari and lot's of effort must be put in order to get it.


I do have a thousands of hopes, but sometimes i can't even list one of it.

in advance.
happy birthday to me.o_0
i'm sorry for the past and i wish for the future.
xoxo.


100notes : as long as you have a hopes, you're alive.

Thursday, August 2, 2012

8 adab terhadap sahabat.


Assalamualaikum.


Apabila berkawan, ada adab-adab yang perlu dijaga, walaupun dia adalah kawan-susah-mati kita. memang ada yang jenis kawan tak rapat, tapi boleh lepak kedai mamak sampai 2,3 pagi & ada jugak yang rapat, tapi jarang jumpa sebab masing-masing sibuk. macam manapun, dalam berkawan, kena jaga adab jugak. 
Antaranya:


1. Menutup aib rakan. 
Kalau kita tahu ada perkara yang memalukan tentang sahabat yang orang lain tak patut tahu, keep it silent. jadikan ianya rahsia korang berdua sahaja ok!


2. Panggil sahabat dengan nama yang paling disukainya.
Ada orang tak berapa nak kisah kalau kawan-kawannya panggil dia dengan nama pelik-pelik, tapi biar berpada-pada. jangan nanti, sebab nick name, korang bermasam muka. lain pulak cerita nya kalau dia memang suka dipanggil ayam, boboi, sengkuang atau kfc. (macam pelik je)


3. Memulakan pertemuan dengan memberi salam.
Okeh. bagi salam dapat pahala, jawab salam pun dapat pahala. so, why say NO? 


4. Berdiam diri ketika sahabat sedang bercakap.
Masa orang tengah bercakap, kita diam jelah ye. no need to interrupt melainkan bila perlu. manusia dikurniakan 2 telinga dan 1 mulut, so use it wisely. kalau kita asyik menyampuk saje, si sahabat mungkin akan kecil hati.


5. Memaafkan kesalahan dan kesilapan sahabat.
Semua orang pun buat silap, inikan pula sahabat baik kita yang memang kita kenal luar dan dalam. so, kalau dia ada buat salah pada kita, jangan pula kita lupakan kebaikan dia hanya kerana satu kesilapannya.


6. Memberi nasihat dengan cara yang lemah-lembut dan sopan.
Bila si sahabat buntu tentang sesuatu perkara, bantu dia dengan memberi nasihat yang berguna dan membina. dengan cara itu, dia akan dapat menyelesaikan masalahnya dan juga rasa dihargai.


7. Berterima kasih atas sebarang kebaikannya.
Yang ini budak kecik pun tahu. bila orang dah berbuat baik dengan kita, cakaplah terima kasih, bukan susah mana pun.


8. Jangan beratkan sahabat dengan perkara yang merumitkan.
Kalau kita ada masalah, mungkin kita boleh share dengan sahabat. tapi, jangan sampai masalah kita pun jadi satu masalah pula kepada dia. takut-takut nanti, kita dilabel pembawa masalah pula.



Kawan sejati memang banyak kelebihan.


100notes : friends is an outsider who act as insider.

Sunday, July 22, 2012

Random #2 : Khazanah HANDBAG seorang perempuan.


Assalamualaikum.



Handbag untuk perempuan..bukan lelaki ok?


Guys...
have you wonder?
ape yang ade dalam handbag org perempuan?
suka dok bawak handbag kemana2 n mcm2 jenis handbag wujud kat dunia ni.
well.....let me reveal it. 
ni lebih kepada a must have items dalam handbag perempuan lah.
kalau salah pun xde hal, bukan masuk exam pown.
haha.


1. Dompet.
Haruslah ade dompet kan, kalau tak mcm mane nak beli barang, bayar bil, simpan ic n kad2 berderet2. kalau purse xde, alamatnye duit, kad ATM, IC n surat chenta bersepah lah dalam handbag tu. the most important thing is, dompet tu umpama poket doremon seorang perempuan.


2. Handphone.
Selalunya orang perempuan nie, handfon ngan dirinya mmg xblh dipisahkan. kalau yg pki sluar tu tak payah nk pening2 nk ltk handfon kat mane, tapi kalau yg pakai baju kurung pulak? hmm...campak aje dalam handbag, xpayah pening2 kepala.


3.Tisu.
Tisu ni mmg ramai pembelinya org perempuan, lelaki mmg tak macho lah kalau ber tisu2 bagai. so, dalam handbag msti ade tisu. yelah, basah sikit cari tisu, kotor sikit nk tisu, apatah lagi kalau tgh layan cerita sedih2 kat panggung wayang kan? mmg malu lah kalau orang nampak cik akak tengah menangis.


4. Alat makeup
Well....this is a 'wajib' aksesori dalam handbag seorang Hawa. antaranya lipstick, compac powder, eye liner, eye shadow, lotion, blusher & apa saje yg dirasakan perlu. makeup nie tak semestinya set lengkap dan berjenama, asalkan ianya antara keperluan individu itu sendiri. 


5. Set kunci.
Hmm..selalunya perempuan nie banyak benor kunci yang dieorang ade. kunci keretalah, kunci rumah lah, dan bermacam2 kunci ade. dari mak kunci sampai lah anak kunci.hehe. 


6. 'Aksesori' tambahan.
Tahu tak apa aksesori tambahan tu? hmm...ini termasuklah mknn ringan mcm coklat atau biskut untuk disantap masa perut tgh menyanyi kelaparan atau tersepit dalam traffic jam, 'penyelamat' kaum Hawa di saat2 bendera merah tgh berkibar, cermin mata hitam, sikat (untuk yg free hair), earphone, notebook, pen, buku cerita (utk yg suka baca buku je) dan mam2 lagi lah...


hmm..
kadang2 aku rasa handbag is the most useful creation for a woman.
tanpa handbag, macam mane nak angkut barang2 persendirian ke mana-mana?
so, that's why lah handbag dan perempuan mmg macam sikat dan rambut.
dua2 saling memerlukan.
perempuan ni walaupun handbag tu berat, itu tak jadi hal. mereka tetap akan bawa jugak.
(tapi, korang x rasa pelik ke kalau lelaki yang bawak handbag perempuan?)


okeh.
that's aLL.
lepas nie jangan cuba-cuba nak korek isi perut handbag perempuan k?
isinya tetap sama dalam mana2 beg pon.
silap hari bulan mata korang yang kena korek!
perempuan nie tak suka barang2 dieorang kena usik.
so, beware okeh?
(^_*)


mmP : always excited with lots of handbag sale!

Friday, July 20, 2012

Dear Ramadhan.


Assalamualaikum.


Ramadhan datang lagi.
Full with barakah and rahmat dari-Nya.
Datang membawa satu semangat baru kepada seluruh umat Islam.
Untuk terus menambah pahala di atas muka bumi Allah.
Kalau nanti, Ramadhan datang..sambut ia dengan tangan terbuka.
Semoga Ramadhan kali ini bukanlah Ramadhan terakhir bagi insan-insan yang menanti kedatangannya.
Salam Ramadhan buat semua umat Islam.
Semoga diterima amal ibadat & dibukakan pintu rezeki seluasnya.
Amin.


Jangan lupa niatnya!

Tips menghadapi bulan Ramadhan.

Do's & Don'ts

Lastly..
Renung-renungkan dan selamat berpuasa.

Friday, July 13, 2012

Sedangkan rambut pun beruban.


Assalamualaikum.


Kenapa rambut?
apa maksud sebalik tajuk entri nie?
well...everything will changes.
tapi kenapa kena berubah? yang sedia ada nie tak cukup baik ke?


jawapan aku..
TAK!!


walau bagaimana keadaan seseorang manusia itu, satu hari nanti dia pasti berubah.
berubah untuk menjadi yang lebih baik pastinya.
sebab apa?
....


kalau tanya aku, aku memang nak berubah menjadi yang lebih baik.
aku tak jahat, cuma aku lalai dan leka.
aku juga bukan teruk sangat, tapi aku tak punya kesedaran untuk lebih taat pada-Nya.
i need to change for my better life.
i want to change for my future.
i just...wait for the right time to comes.
and when it come, i want to do it permanently!


lastly, 

doakan aku ye?!



In the power to change yourself is the power to change the world around you.
Anwar Sadat

Tuesday, July 10, 2012

Penjaga ke penyibuk?!


Assalamualaikum.


introducing..incik Gemok..
comel tapi suke menyibuk.
and suka-suki mintak kena peluk.
gemok..gemok..



"kakak, saya jaga beg kakak ye?"



"jap lagi kakak stadi balik ok?nak tido jap"



amboi kau!!


mmP : i lap you..muah..muah..muah..

Monday, July 2, 2012

Mencari yang WoW!


Assalamualaikum.


Apa yang wow sangat?
hmm...
memang bukan senang nak mencari yang wow kan?
tapi bila dah dapat, will it last forever?
sekali lagi..hmm...


Sebenarnya, 
random entri ari nie juz nak share pandangan tntg jodoh.
kalau dulu, aku selalu mudah fall in love with someone who have wow in his face(good looking),
tapi as i grow up, i realize that itu sesuatu yang tidak patut dijadikan kayu pengukur.
while my citcat with my friends, 
they also mention that...
wow rupa..wow poket..and wow bla, bla, bla. (but not wau bulan)


honestly, is it important??
jodoh kan rahsia Allah.
so, walau macam berderet pun wow yang kita tetapkan untuk mencari si dia, 
kalau dia bukan jodoh kita, there's no point of wasting your time.
Allah lebih tahu dari kita what types of wow jodoh yang kita dapat nanti.


As for me,
i'm no longer looking for man with wow look, 
or have a wow pocket, 
neither in wow charming aura,
also not in wow list of followers.
i just looking for...


a man with wow in Islam.


because, 
a man with wow in Islam is wow in everything.



this is extremely WoW.


mmP : i would rather choose someone with ISLAM than someone with BMW.

STYLO NUFFNANG.