Thursday, August 2, 2012

8 adab terhadap sahabat.


Assalamualaikum.


Apabila berkawan, ada adab-adab yang perlu dijaga, walaupun dia adalah kawan-susah-mati kita. memang ada yang jenis kawan tak rapat, tapi boleh lepak kedai mamak sampai 2,3 pagi & ada jugak yang rapat, tapi jarang jumpa sebab masing-masing sibuk. macam manapun, dalam berkawan, kena jaga adab jugak. 
Antaranya:


1. Menutup aib rakan. 
Kalau kita tahu ada perkara yang memalukan tentang sahabat yang orang lain tak patut tahu, keep it silent. jadikan ianya rahsia korang berdua sahaja ok!


2. Panggil sahabat dengan nama yang paling disukainya.
Ada orang tak berapa nak kisah kalau kawan-kawannya panggil dia dengan nama pelik-pelik, tapi biar berpada-pada. jangan nanti, sebab nick name, korang bermasam muka. lain pulak cerita nya kalau dia memang suka dipanggil ayam, boboi, sengkuang atau kfc. (macam pelik je)


3. Memulakan pertemuan dengan memberi salam.
Okeh. bagi salam dapat pahala, jawab salam pun dapat pahala. so, why say NO? 


4. Berdiam diri ketika sahabat sedang bercakap.
Masa orang tengah bercakap, kita diam jelah ye. no need to interrupt melainkan bila perlu. manusia dikurniakan 2 telinga dan 1 mulut, so use it wisely. kalau kita asyik menyampuk saje, si sahabat mungkin akan kecil hati.


5. Memaafkan kesalahan dan kesilapan sahabat.
Semua orang pun buat silap, inikan pula sahabat baik kita yang memang kita kenal luar dan dalam. so, kalau dia ada buat salah pada kita, jangan pula kita lupakan kebaikan dia hanya kerana satu kesilapannya.


6. Memberi nasihat dengan cara yang lemah-lembut dan sopan.
Bila si sahabat buntu tentang sesuatu perkara, bantu dia dengan memberi nasihat yang berguna dan membina. dengan cara itu, dia akan dapat menyelesaikan masalahnya dan juga rasa dihargai.


7. Berterima kasih atas sebarang kebaikannya.
Yang ini budak kecik pun tahu. bila orang dah berbuat baik dengan kita, cakaplah terima kasih, bukan susah mana pun.


8. Jangan beratkan sahabat dengan perkara yang merumitkan.
Kalau kita ada masalah, mungkin kita boleh share dengan sahabat. tapi, jangan sampai masalah kita pun jadi satu masalah pula kepada dia. takut-takut nanti, kita dilabel pembawa masalah pula.



Kawan sejati memang banyak kelebihan.


100notes : friends is an outsider who act as insider.

No comments:

STYLO NUFFNANG.